SISIR ANGIN
Sisir angin bertujuan untuk kecantikkan dan dan mengeluarakan pengudaran yang tidak baik dari dalam rumah untuk menjadikan rumah lebih segar dan selesa. Dengan adanya pengaliran udara yang cukup akan menyejukkan udara dalam dan mengurangkan kesan kelembapan. Proses pengudaraan semula jadi atau ventilasi udara adalah proses pertukaran udara di dalam bangunan dengan udara dari luar bangunan melalui elemen binaan bangunan yang terbuka. Material ini biasanya dipakai diatas pintu atau tingkap namun material bahan bangunan ini sekarang banyak digunakan sebagai pembentuk dinding. sisir angin ini mempunyai pelbagai reka bentuk yang tersendiri dan unik.
Rekabentuk bukaannya untuk membawa masuk udara juga perlu diberi perhatian. Sisir angin harus tepat sudutnya selain direkabentuk untuk membentuk 'gelora' angin kecil (turbulent) yang dijangkakan mampu berperanan menyejukkan udara yang melaluinya. Bahkan ia juga harus mampu memecut udara pantas melaluinya untuk mendatangkan tekanan udara yang diperlukan untuk menolak udara sejuk di dalam rumah ke bawah.
No comments:
Post a Comment