Awning Pergola hari ini menjadi satu kegemaran ramai, bukan sahaja lebih ringkas, malah bumbung tambahan ini lebih mudah disuai padankan dengan pelbagai jenis kediaman.
Awning Pergola menggunakan kayu bagi menggantikan besi untuk struktur sokongannya. Lapisan atap pula menggunakan material dari jenis polycarbonate, menggantikan jenis atap genting.
Material polycarbonate tampil lebih moden, malah sifat telus cahayanya membuatkan ruang bawah bumbung tidak terlalu gelap dan bergedup. Pencahayaan semula jadi mudah berlaku tetapi bahang panas matahari tetap tidak terasa.
Terdapat pelbagai rupa bentuk awning dan juga grille.Skylight awning dan grille yang merupakan sebahagian dari reka bentuk dan corak yang terdapat di pasaran supaya anda mudah memahami jenis-jenisnya dan supaya anda senang untuk membuat pilihan
No comments:
Post a Comment