Wednesday, January 24, 2018

kerja-kerja plaster/lepa





                                     Asslamualaikum dan selamat pagi

                    Sedikit tips dan pengetahuan bersama. Semoga bermanfaat ke
                    pada semua😁



Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.
Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.

Tujuan Lepaan:

1)Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.
2)Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya. 
3)Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.
4)Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak. 
5)Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
6)Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian : 

a. Lepaan bahagian dinding
b. Lepaan bahagian lantai 
c. Lepaan bahagian atas / siling

Peralatan kerja Lepa :

a. Sudip lepa (Plastering Trowel) 
b. Kayu perata (Wooden Float) 
c. Pemaras kayu panjang (Darby) 
d. Penatang Mortar (Hawk) 
e. Sudip Penjuru (Angle Iron) 
f. Baldi (Bucket) 
g. Alat aras Spirit (Spirit Level) 
h. Berus cat 
i. Sponge Trowel 
j. Rough Cast Machine 
k. Penyembur air (Iron Spray)
l. Kotak Penyukat (Gauge Box)

semoga bermanfaat😉







No comments:

Post a Comment

Social Icons