Asslamualaikum dan selamat pagi
Sedikit tips dan pengetahuan bersama. Semoga bermanfaat kepada semua.
-Bumbung polycarbonate merupakan bumbung yang biasa orang gunakan untuk awning selain metal roof deck.Banyak kelebihan yang ada pada bumbung jenis polycarbonate ini.Untuk sharing kali ini, saya nak kongsikan dengan anda beberapa kelebihan yang ada pada bumbung jenis ini.
1. Pemasangan yang mudah. Untuk bumbung jenis ini, Pemasangannya mudah sahaja. Hanya perlu dihamparkan kat atas rangka besi yang dah siap dipasang. Bumbung ini juga sangat fleksibel, so, anda boleh jadikan bumbung anda berombak, melengkung dan lain-lain
2. Jimat masa. Dengan pemasangan yang mudah anda tak perlukan masa yang banyak untuk siapkan bumbung jenis ini. So, anda boleh dapat awning yang cantik dengan cepat. Mungkin masa banyak habis untuk siapkan rangka besi untuk bumbung shj.
3. Tahan lasak. Walaupun bumbung jenis ini sangat fleksibel dan sbg. nya, tapi tahap ketahanannya sangat tinggi. So, anda tak perlu risau jika takut dia cepat rosak atau sbg. nya. Mungkin ia akan rosak tapi ia ambil masa yang lama.
Jika ingin menghadirkan kesan elegan dan modern tapi inginkan sederhana, atap ini sesuai dijadikan sebagai pilihan utama. atap ini juga tidak mudah mengalami kebocoran.
sifat utama bagi atap ini ialah dapat memberi perlindungan dari curahan air hujan yang turun dan juga menyerap sinaran matahari hampir 90%. Ukuran panjangnya adalah 18.8 meter dan lebarnya 2.1 meter.
No comments:
Post a Comment