Friday, January 26, 2018

Types of steel

Jom ketahui jenis jenis keluli yang berbeza serta penggunaannya🤗
Pengenalan Keluli:

Yang berbeza antara besi dan baja cast adalah jumlah kandungan karbonnya yang berlainan. Perhiasan di mana besi bercampur dengan karbon dan juga unsur lain untuk menjadi keluli. Dan peratusan keluli karbon tinggi tidak boleh lebih besar dari 1.5%


Ia mempunyai jenis keluli yang berbeza-beza iaitu:

(1) Mild Steel

(2) Medium carbon Steel

(3) High Carbon Steel


(1) Mild Steel

Dalam keluli ringan di mana jumlah karbon adalah dari 0.15% hingga 0.30% jadi keluli jenis ini Dipanggil keluli lembut. Dan juga kami memanggil keluli jenis keluli Rendah atau Keluli Lembut ini.

Properties Of Mild Steel.
-Keluli ini Adalah mulur dan lembut dan lembut.
-Keluli ini lebih elastik daripada besi tuang.
-Ia boleh digunakan secara kekal.
-Kelebihan spesifik keluli ini ialah 7.8.
-Keluli ini tidak terjejas dari perairan salin.
-Ia mudah dikimpal dan dipetik.
-Penggunaan keluli ringan
Keluli jenis ini kebanyakannya digunakan dalam kerja-kerja pembinaan. Dari ini (keluli lembut) mengambil bar bulat 25mm, 12mm, 8mm dan lain-lain supaya bar ini digunakan dalam kerja konkrit untuk menahan tegangan tegangan.

                                                                       mild steel

(2) Medium carbon Steel

Dalam keluli jenis ini kita menggunakan jumlah karbon dari 0.30 hingga 0.60%. apabila kita menggunakan peratusan karbon dalam keluli jadi keluli jenis ini dipanggil keluli karbon sederhana. Dan keluli jenis ini adalah lebih kuat daripada keluli karbon rendah, dan ia lebih sukar untuk dibentuk dalam kimpalan dan juga pemotongan.

Properties of Medium Carbon Steel

-Keluli jenis ini begitu keras dari keluli karbon rendah / keluli ringan.
-Sangat sukar untuk memotong.
-Ia tidak bengkok dengan mudah.
-Penggunaan Keluli karbon sederhana
-Penggunaan keluli karbon sederhana memerlukan kekuatan tegangan tinggi dan kemuluran. Dan keluli jenis ini digunakan untuk membuat pilihan yang berlainan dengan pilihan. Tetapi kita perlu menggunakan jumlah karbon yang digunakan dari 0.30 hingga 0.60% supaya ia dapat membuat apa-apa dengan pilihan kita.
-Keluli jenis ini begitu keras dari keluli karbon rendah / keluli ringan.
-Sangat sukar untuk memotong.
-Ia tidak bengkok dengan mudah.
-Penggunaan Keluli karbon sederhana.
Penggunaan Medium Carbon Steel memerlukan kekuatan tegangan tinggi dan kemuluran. Dan keluli jenis ini digunakan untuk membuat pilihan yang berlainan dengan pilihan. Tetapi kita perlu menggunakan jumlah karbon yang digunakan dari 0.30 hingga 0.60% supaya ia dapat membuat apa-apa dengan pilihan kita.

                                                                       Medium Cabon Steel

(3) High Carbon Steel

Dalam keluli jenis ini (High Carbon Steel) kita menggunakan jumlah karbon dari 0.60% hingga 1.5%. Apabila kita menggunakan peratus karbon ini maka keluli jenis ini dipanggil keluli karbon tinggi.

Properties of High Carbon Steel

-Keluli jenis ini lebih sukar dalam kimpalan.
-ia terlalu mudah untuk mengeras dan marah.
-Keluli jenis ini menggunakan tetap.
-Penggunaan Keluli Karbon Tinggi
-Keluli karbon tinggi digunakan untuk membuat paksi, pisau, pedang dan gunting untuk alat pemotong.

                                                                      High Carbon Steel

Thursday, January 25, 2018

Awning Polycarbonate


                                                Asslamualaikum dan selamat pagi


                  Sedikit tips dan pengetahuan bersama. Semoga bermanfaat kepada semua.


-Bumbung polycarbonate merupakan bumbung yang biasa orang gunakan untuk awning selain metal roof deck.Banyak kelebihan yang ada pada bumbung jenis polycarbonate ini.Untuk sharing kali ini, saya nak kongsikan dengan anda beberapa kelebihan yang ada pada bumbung jenis ini.

1. Pemasangan yang mudah. Untuk bumbung jenis ini, Pemasangannya mudah sahaja. Hanya perlu dihamparkan kat atas rangka besi yang dah siap dipasang. Bumbung ini juga sangat fleksibel, so, anda boleh jadikan bumbung anda berombak, melengkung dan lain-lain

2. Jimat masa. Dengan pemasangan yang mudah anda tak perlukan masa yang banyak untuk siapkan bumbung jenis ini. So, anda boleh dapat awning yang cantik dengan cepat. Mungkin masa banyak habis untuk siapkan rangka besi untuk bumbung shj.

3. Tahan lasak. Walaupun bumbung jenis ini sangat fleksibel dan sbg. nya, tapi tahap ketahanannya sangat tinggi. So, anda tak perlu risau jika takut dia cepat rosak atau sbg. nya. Mungkin ia akan rosak tapi ia ambil masa yang lama.

Jika ingin menghadirkan kesan elegan dan modern tapi inginkan sederhana, atap ini sesuai dijadikan sebagai pilihan utama. atap ini juga tidak mudah mengalami kebocoran.
sifat utama bagi atap ini ialah dapat memberi perlindungan dari curahan air hujan yang turun dan juga menyerap sinaran matahari hampir 90%. Ukuran panjangnya adalah 18.8 meter dan lebarnya 2.1 meter.







Wednesday, January 24, 2018

Sisir angin




                                                       SISIR ANGIN


Sisir angin bertujuan untuk kecantikkan dan dan mengeluarakan pengudaran yang tidak baik dari dalam rumah untuk menjadikan rumah lebih segar dan selesa. Dengan adanya pengaliran udara yang cukup akan menyejukkan udara dalam dan mengurangkan kesan kelembapan. Proses pengudaraan semula jadi atau ventilasi udara adalah proses pertukaran udara di dalam bangunan dengan udara dari luar bangunan melalui elemen binaan bangunan yang terbuka. Material ini biasanya dipakai diatas pintu atau tingkap namun material bahan bangunan ini sekarang banyak digunakan sebagai pembentuk dinding. sisir angin ini mempunyai pelbagai reka bentuk yang tersendiri dan unik.










Rekabentuk bukaannya untuk membawa masuk udara juga perlu diberi perhatian. Sisir angin harus tepat sudutnya selain direkabentuk untuk membentuk 'gelora' angin kecil (turbulent) yang dijangkakan mampu berperanan menyejukkan udara yang melaluinya. Bahkan ia juga harus mampu memecut udara pantas melaluinya untuk mendatangkan tekanan udara yang diperlukan untuk menolak udara sejuk di dalam rumah ke bawah.





kerja-kerja plaster/lepa





                                     Asslamualaikum dan selamat pagi

                    Sedikit tips dan pengetahuan bersama. Semoga bermanfaat ke
                    pada semua😁



Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.
Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.

Tujuan Lepaan:

1)Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.
2)Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya. 
3)Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.
4)Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak. 
5)Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
6)Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian : 

a. Lepaan bahagian dinding
b. Lepaan bahagian lantai 
c. Lepaan bahagian atas / siling

Peralatan kerja Lepa :

a. Sudip lepa (Plastering Trowel) 
b. Kayu perata (Wooden Float) 
c. Pemaras kayu panjang (Darby) 
d. Penatang Mortar (Hawk) 
e. Sudip Penjuru (Angle Iron) 
f. Baldi (Bucket) 
g. Alat aras Spirit (Spirit Level) 
h. Berus cat 
i. Sponge Trowel 
j. Rough Cast Machine 
k. Penyembur air (Iron Spray)
l. Kotak Penyukat (Gauge Box)

semoga bermanfaat😉







Tuesday, January 23, 2018

Type of scaffolding/ peranca




                                 Assalamualaikum dan selamat pagi semua.


           sedikit ilmu dan pengetahuan kepada semua, semoga ilmu ini bermanfaat.
           Type of scaffolding/ peranca




kerja-kerja mengecat


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Perkongsian tips dan Proses kerja

Nama Produk: Painting Works
Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya dengan kerja-kerja mengecat. Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu bata dan lain-lain lagi. kerja-kerja mengecat ini bertujuan untuk mencantik dan menyerikan kawasan bangunan dan rumah. pemilihan warna sangat penting agar menjadikan ia lebih cantik.

Proses kerja/ tips

1) Bersihkan dinding yang hendak dicat untuk memudahkan proses mengecat supaya tidak diganggu dengan kotoran di area dinding
2) Lindungi Bahagian yang Tak Ingin Dicat seperti dibahagian tingkap, lantai, frame pintu dan sebaginya dengan menggunakan pita pelekat. Setelah selesai, segera cabut pita perekat sebelum cat dinding mengering agar cat tidak ikut tercabut.
3)Tutup Retakan pada Dinding dengan menggunakan stoper atau simen untuk menutup celah atau retak pada dinding, lalu ratakan sampai halus menggunakan kertas pasir .
4) Gunakan Teknik Gerakan ZigZag. Trik mengecat dengan rata adalah dengan membuat gerakan zig-zag dari atas ke bawah berulang kali sampai dinding tertutup rata. Setelah 2-3 jam baru lapisi kembali dengan cat agar lebih cantik hasilnya. Roller bisa digunakan untuk meratakan warna permukaan dinding..
5)Gunakan berus Kecil pada Bahagian yang Sempit agar tidak comot. Alat pengecat berupa roller tidak boleh juga digunakan pada semua kawasan dan di semua bagian dinding, hanya pada area yang luas saja. Sementara untuk area yang sulit seperti sudut ruangan, gunakan berus kecil selebar dua inci.








Mosaic Landskap longkang




Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Perkongsian tips dan proses kerja. semoga bermanfaat😊

Nama Produk: Mosaic Landscape Longkang
Pemasangan mosaic landscape longkang memerlukan kemahiran yang mahir agar pemasangan tersebut kemas dan kukuh. pemilihan jenis mosaic dan kualiti bahan haruslah mantap dan bersesuaian dengan tempat agar tampak cantik dan menarik.Dengan adanya landscape dikawasan rumah anda ia akan menghadirkan suasana hijau sebagai penyejuk rumah insha Allah.


Proses kerja:

1) penyediaan bahan dan alatan
2) membasahkan kepingan mosaic untuk memudahkan pemasangan
2) membancuh konkrit dengan nisbah yang betul agar tidak terlalu cair dan likat
4) pemasangan mosaic memerlukan kaedah yang betul
5) menggunakan spirit level untuk kerataan mosaic
5) grout mosaic untuk tujuan kekemasan mosaic
6) penanam pokok landscape untuk menaikkan seri kediaman






Wednesday, January 17, 2018

Awning Pergola



Awning Pergola hari ini menjadi satu kegemaran ramai, bukan sahaja lebih ringkas, malah bumbung tambahan ini lebih mudah disuai padankan dengan pelbagai jenis kediaman.
Awning Pergola menggunakan kayu bagi menggantikan besi untuk struktur sokongannya. Lapisan atap pula menggunakan material dari jenis polycarbonate, menggantikan jenis atap genting.
Material polycarbonate tampil lebih moden, malah sifat telus cahayanya membuatkan ruang bawah bumbung tidak terlalu gelap dan bergedup. Pencahayaan semula jadi mudah berlaku tetapi bahang panas matahari tetap tidak terasa.
Terdapat pelbagai rupa bentuk awning dan juga grille.Skylight awning dan grille yang merupakan sebahagian dari reka bentuk dan corak yang terdapat di pasaran supaya anda mudah memahami jenis-jenisnya dan supaya anda senang untuk membuat pilihan

Monday, January 15, 2018

Black&White Mosaic Area dapur




Setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dalam menghiasi kediaman mereka. Sumber ilham diperolehi melalui buku, majalah, internet juga pandangan saudara dan rakan. Ruang dapur juga tampil moden juga menggabungkan hitam, kelabu dan putih. ia akan menjadikan ruangan dapur anda menjadi lebih cantik dan elegan.
Namun, perlu pandai dalam menata hias rumah dengan penggunaan warna monokrom yang paling digemari ramai itu. Jika lebih warna hitam, ruang akan kelihatan kelam dan misteri, namun jika putih dipilih sebagai tema utama, ia dapat memberi ilusi ruang yang luas kepada rumah yang sempit. Dari segi pemasangan pula perlulah dilakukan dengan teliti dan mengikut spesifikasi agar kerja pemasangan itu tampak kemas dan menarik.

Thursday, January 11, 2018

Emergancy Light & Hanging lamp





                                                               HANGING LAMP




                                                           EMERGANCY LIGHT

Social Icons