Thursday, February 15, 2018

Terdapat beberapa kaedah kemasan dinding yang boleh dilakukan selepas kerja – kerja lepaan antaranya adalah kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan kemasan kerutu.  Kemasan ini dikenali sebagai lapisan ketiga selepas kerja – kerja lepaan iaitu lapisan asas dan lapisan pertengahan.


Image result for sponge finishing wall

Sponge Finishing

Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir.

Langkah 2 : Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

Image result for Rough Cast Finishing wall

Rough Cast Finishing

Langkah 1 : Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. 

Langkah 2 : Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). 

Langkah 3 : Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.




Image result for batu cast stone

Dinding cast stone

Langkah 1 : Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). 

Langkah 2 : Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. 

Langkah 3 : Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. 

Langkah 4 : Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. 

Langkah 5 : Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. 

Langkah 6 : Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering, sapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya kelihatan berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.

Image result for cement wall HOUSE

Cement Face

Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) 

Langkah 2 : Kemudian bancuhan simen itu di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. 

Langkah 3 : Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. 

Langkah 4 : Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.


No comments:

Post a Comment

Social Icons