10 tip pro elak masalah renovate rumah untuk newbie
Sebelum korang buat keputusan melantik mana-mana kontraktor untuk urusan renovasi rumah, ada baiknya fahamkan dan ikuti tip ringkas yang saya senaraikan kat bawah ini :
Tip #1 : Siapa kontraktor yang patut anda gunakan?
Dapatkan beberapa senarai kontraktor yang berkelayakan, stabil dari segi kewangan, pengurusan syarikat dan sumber manusia, serta efisyen dan baik dari segi mutu kerja.
Buat survei dan dapatkan segala data, maklumat, track record, serta pengalaman kerja kontraktor-kontraktor tersebut.
Jangan hanya melantik kontraktor berdasarkan recommendation rakan atau ahli keluarga korang semata-mata.
Tip #2 : ‘Wajib’ ambil kontraktor yang bagi sebut harga yang rendah?
Dapatkan sebut harga dan cadangan pelan renovasi, serta spesifikasi untuk kerja-kerja renovasi daripada semua kontraktor tersebut.
Ingat. Tak semestinya korang pilih kontraktor yang berikan sebut harga (quotation) yang rendah.
Tapi yang penting adalah, sebut harga yang diberikan adalah berpadanan dengan cadangan dan kualiti kerja yang akan dilakukan.
Tip #3 : Buat satu kontrak untuk lindungi diri anda
Setelah korang pilih kontraktor yang paling berkelayakan, sediakan satu Kontrak Renovasi Rumah yang mengandungi terma-terma dan syarat-syarat kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor tersebut.
Senaraikan jugak tanggungjawab dan hak korang terhadap kontraktor tersebut.
Sebaik-baiknya, lantik seorang peguam hartanah yang berpengalaman untuk sediakan Kontrak Renovasi Rumah korang.
Jangan kedekut untuk keluarkan duit yuran guaman peguam jika itu dapat melindungi hak dan kepetingan korang.
Kalau kerja renovasi ratusan ribu Ringgit korang mampu bayar, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan yuran guaman yang lebih kurang seribu dua je kosnya.
Tip #4 : Cukup ke lantik satu kontraktor?
Sebaik-baiknya, jangan lantik satu kontraktor untuk lakukan kesemua kerja renovasi keseluruhan rumah korang.
Lantiklah beberapa kontraktor berbeza, yang mahir dalam bidang kepakaran masing-masing.
Misalnya, untuk kerja-kerja pemasangan konkrit dan tiles, lantik satu kontraktor untuk kerja-kerja berkaitan wiring dan elektrikal.
Dan lantik lagi satu kontraktor yang lain, dan sebagainya. Ingat. Bukan semua kontraktor mahir dalam kesemua bidang pembinaan.
Tip #5 : Anda berhak untuk tamatkan kontrak secara eksklusif?
Pastikan di dalam kontrak tersebut memberikan hak secara eksklusif untuk korang tamatkan kontrak tersebut pada bila-bila masa, sekiaranya ada kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor tersebut :
- Tak menepati cadangan pelan kerja dan spesifikasi seperti yang korang mahukan,
- Tak mengikut mutu kerja dan sifat ketukangan yang korang kehendaki.
Tip #6 : Elak bayar secara lump sum kepada kontraktor
Jangan bayar kesemua harga kontrak sekali gus kepada kontraktor.
Sebaik-baiknya, bayarlah mengikut progres kerja.
Apabila kerja telah siap dan mematuhi segala pelan dan spesifikasi, serta mutu kerjanya juga memuaskan hati korang, barulah korang jelaskan bayaran tersebut.
Sebagai jaminan kepada kontrak yang korang ada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran kontrak tersebut, korang boleh buat bayaran harga kontrak tersebut kepada peguam korang sebagai stakeholder.
Dan peguam korang akan lepaskan bayaran tersebut secara berperingkat kepada kontraktor sebaik sahaja kerja-kerja di peringkat tersebut telah disiapkan.
Tip #7 : Perlu ke dapatkan resit daripada kontraktor?
Sila dapatkan resit atau sebarang bukti penerimaan bayaran daripada kontraktor tersebut untuk setiap bayaran progres yang telah dijelaskan.
Sebaik-baiknya, ambil gambar untuk setiap kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor tersebut sebagai rekod dan rujukan korang.
Tip #8 : Minta tempoh waranti kerosakan kat kontraktor
Minta daripada kontraktor tersebut tempoh waranti kerosakan, misalnya 2 bulan sebelum korang (atau peguam korang) lepaskan keseluruhan bayaran kontrak tersebut.
Bayaran progres terakhir hanya akan dilepaskan kepada kontraktor tersebut, setelah kesemua kerja disiapkan sepenuhnya mengikut pelan dan spesifikasi, serta memuaskan hati korang sebaik sahaja tempoh waranti kerosakan tu berakhir.
Sekiranya dalam tempoh waranti tersebut terdapat kerosakan, minta kontraktor korang membaiki kerosakan tersebut dengan segera, sebelum korang (atau peguam) boleh lepaskan bayaran progres terakhir tersebut kepada mereka.
Tip #9 : Apa nak buat kalau kontraktor gagal siapkan kerja?
Sekiranya di dapati kontraktor tersebut melanggar mana-mana terma dan syarat-syarat kontrak, korang boleh saja failkan Tuntutan Gantirugi di Tribunal Pengguna.
Kelebihan memfailkan tuntutan di Tribunal Pengguna adalah, ianya menjimatkan masa dan kos, prosedurnya yang mudah dan keputusannya akan dibuat dalam tempoh masa 40 hari daripada tarikh pemfailan tuntutan.
Tip #10 : Raikan hak anda sebagai seorang pelanggan
Yang penting, jangan terburu-buru dalam urusan perlantikan kontraktor.
Berfikirlah dengan tenang dan waras, serta fahami dan gunakanlah sepenuhnya hak korang sebagai pelanggan.
Ini kerana korang yang akan keluarkan wang. Jadi biarlah wang yang korang keluarkan tu, berbaloi dengan hasil yang diperolehi.
Bukan senang nak cari duit. Korang susah-susah kerja, tapi duit tu, boleh pulak ‘lebur’ macam tu je sebab tak cari kontraktor yang baik.
Cukup. Korang tak patut hadap masalah macam ni. Dan korang boleh senang-senang elak dengan adanya ilmu yang Tok kongsikan tadi.
Jangan pulak dah habis baca, tak amal. Selagi tak amal, sampai bila-bila pun korang takkan dapat rasa kesan ilmu ini.
No comments:
Post a Comment