Thursday, July 5, 2018

DAPUR SIMPLE

Dapur konsep open idea bagi yang suka masak yg banyak asap.
Yang memasak kurang asap pun tak apa.
Konsep santai. Guna kayu bunga atau guna cement board tebal 1 inci. Atau besi hollow semua boleh jadikan bahan untuk cantikkan dapur anda. Insyallah





https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2089621824399316&id=153481894679995

Thursday, February 15, 2018

LANTAI LAMINATE



No automatic alt text available.




No automatic alt text available.





INSPIRASI LANTAI LAMINA.. APA KELEBIHANNYA? BACA INI
LANTAI LAMINA (Laminate flooring)
Lantai lamina merupakan pilihan lantai yang amat berkesan jika anda ingin menaikkan seri dalam rumah anda. Selain dari mudah dan cepat dipasang, harganya sangat berpatutan dengan astetik dan jangkahayatnya. Bagi common product 8mm yang dipasang untuk kegunaan kediaman biasanya pengilang memberi jaminan dari 10 – 15 tahun.
Rona kayu yang mencorak lantai lamina menyerlahkan rasa hangat dan mewah kepada ruang yang didominasinya. Ia juga menyediakan latar yang mampu menyokong serta menaikkan seri perabot serta elemen-elemen lain. Samada anda cenderung kepada gaya moden, kontemporari atau tradisional, lantai lamina sentiasa bersedia untuk mengadun dengan baik.
Terdapat beberapa kaedah kemasan dinding yang boleh dilakukan selepas kerja – kerja lepaan antaranya adalah kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan kemasan kerutu.  Kemasan ini dikenali sebagai lapisan ketiga selepas kerja – kerja lepaan iaitu lapisan asas dan lapisan pertengahan.


Image result for sponge finishing wall

Sponge Finishing

Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir.

Langkah 2 : Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

Image result for Rough Cast Finishing wall

Rough Cast Finishing

Langkah 1 : Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. 

Langkah 2 : Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). 

Langkah 3 : Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.




Image result for batu cast stone

Dinding cast stone

Langkah 1 : Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). 

Langkah 2 : Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. 

Langkah 3 : Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. 

Langkah 4 : Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. 

Langkah 5 : Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. 

Langkah 6 : Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering, sapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya kelihatan berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.

Image result for cement wall HOUSE

Cement Face

Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) 

Langkah 2 : Kemudian bancuhan simen itu di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. 

Langkah 3 : Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. 

Langkah 4 : Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.


Wednesday, February 14, 2018

Ubahsuai rumah second hand tanpa perlu belanja besar. Guna 5 tip ini



Kalau dengar pasal kerja ubahsuai rumah, pasti ramai yang akan mula berkerut dahi.
Mana tak berkerut. Dah la harga rumah semakin mahal. Harga perabot rumah pun, bukan semakin murah.
Dan tu tak campur lagi dengan kos kerja ubahsuai rumah. Kalau tak plan betul-betul, silap-silap banyak duit yang korang terpaksa burn.
Ada lagi ke cara nak ubahsuai rumah, tanpa perlukan modal yang besar?

Boleh lagi ke dapat rumah trendy pada harga rendah? 

Semua orang sedia maklum akan hakikat yang hartanah dan rumah kini melambung harganya berbanding 10 atau 20 tahun dulu.
Dengan kos sara hidup yang meningkat, tangga gaji yang tak bergerak, dan juga GST, adalah mustahil bagi eksekutif muda untuk memiliki hartanah dan rumah baru.
Apatah lagi untuk mendapatkan rumah dengan hiasan dalaman yang trendy.
Bertitik-tolak daripada ini, kini telah wujud trend baru di kalangan eksekutif muda. Beli rumah second hand (atau selalu disebut subsale) dan buat pengubahsuaian yang major.
Inginkan ubahsuai elegan yang lebih menjimatkan? Ini caranya :

Tip #1 : Jual yang lama, beli yang baru


Bila dah terima rumah second hand korang, tentunya masih terdapat perabot lama, tirai yang usang, barangan kelengkapan yang masih elok tetapi ditinggalkan oleh tuan rumah lama. 
Jangan terasa sayang dengan barang-barang ini. Kosongkan rumah sehabis boleh.
Barang-barang yang masih boleh digunakan, jual sahaja di car boot sale atau muatnaik ke laman sosial untuk dijual (seperti Mudah atau Carousell).
Hasil jualan boleh digunakan untuk membeli perabot baru. Nafas baru memerlukan sentuhan baru.
Dah dapatkan duit hasil jualan, terus klik sini untuk pilih hiasan rumah pada harga yang berpatutan. 

Tip #2 : Tukar kepada kemasan lantai yang lebih fresh


Perkara utama yang akan membezakan antara rumah lama dan baru ialah kemasan lantai.
Sesetengah orang terasa takut untuk melakukan perubahan ini sebab risau dengan kos yang bakal ditanggung.
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa terdapat pelbagai pilihan kemasan lantai hari ini yang boleh didapati dengan harga mampu milik.
Dari kemasan simen (bare finish), hingga ke kemasan jubin pelbagai corak dan gaya hingga la kemasan laminated timber yang memberi rasa warm feeling.
Percayalah, sebaik saja korang menukar kemasan lantai, perbezaan ketara akan dapat dirasai.
Cuba buat carian internet Kimgress Tiles, White Horse Tiles, Feruni Tiles, Inovar Flooring, Floor Depoh dan sebagainya.
Korang akan terpesona dengan pilihan yang ada.
Nota : Setelah korang dah pilih lantai yang berkenan di hati, padankan dengan Delux Shaggy Rugs Carpet ni.

Tip #3 : Gantung perhiasan kat dinding? Ini idea lapuk!

“LESS IS MORE”
Korang tak perlu penuhkan dinding dengan segala macam barangan perhiasan, yang bakal mengumpul debu dan habuk.
Ini bukan lagi zaman 80-an, di mana replika sudu dan garfu besar tergantung di dinding.Juga tak perlu pelbagai warna dinding, yang menjerit-jerit meminta perhatian korang.
Pilih sekurang-kurangnya 2 warna dan maksimum 3 warna sahaja.
Korang boleh cat keseluruhan ruang dengan warna neutral seperti putih dan pilih beberapa dinding untuk dijadikan feature wall.
Bergantung kat bajet korang, feature wall ini boleh dicat dengan warna yang sesuai, atau dipasangkan kemasan jubin bersaiz besar. Atau juga boleh dipasangkan kemasan vinyl yang memberi efek seolah-olah kemasan kayu di dinding.
Untuk lebih menarik, pasangkan hiasan dinding yang boleh menyala dalam gelap seperti Walplus Dandelion Grow In The Dark Wall Stickers (XL Series)

Tip #4 : Lebih tinggi, lebih bagus?


Kini siling asbestos dan siling plaster dengan ornamen dan ukiran tak lagi menjadi kegilaan. Sejajar dengan perubahan zaman, siling pilihan kini lebih simple dan kemas.
Korang boleh membuat pilihan selamat dengan menggunakan siling kapur (plaster siling).
Atau buat korang yang suka bereksperimen, boleh memilih siling kayu atau kemasan lain yang lebih unik.
Lebih tinggi siling adalah lebih bagus. Bagus untuk pengudaraan. Bagus untuk mewujudkan ruang yang lebih luas.
Selepas memilih gaya siling yang disukai, pasangkan lampu siling yang cantik seperti chandelier.
Korang boleh tengok macam-macam pilihan yang ada dengan klik sini sekarang

Tip #5 : Beranikan diri bermain dengan lampu


Terdapat pelbagai pilihan untuk lampu sama ada berjenama atau tak.
Be adventurous. Lampu kalimantang kini hanya sesuai digunakan untuk ruang stor saja.
Korang boleh buat carian Internet tentang House of Lightings, Puchong, yang menawarkan pelbagai pilihan lampu pada harga yang cukup murah.
Terdapat banyak lagi kedai seumpamanya yang menyediakan pelbagai rekabentuk dan citarasa. Ekspresikan personaliti korang bermain dengan beberapa pilihan lampu (downlight, pendant light, spotlight, uplight, dan sebagainya).
Untuk lampu, kami lebih suka korang memilih lampu garam ini kerana dalam masa yang sama dapat meneutralkan udara sekeliling. 
Aplikasikan 5 saranan kami ini, dan pasti korang akan terkejut dengan make-over rumah korang!
Nak tak nak, kita kena jugak sediakan modal untuk tujuan ubahsuai rumah. Mustahil kalau tak pakai satu sen pun, kan?
Cuma, korang boleh jimat banyak bila gunakan tip yang korang baca ni.
Apa pun, kalau nak tau berapa banyak yang korang boleh jimatkan, kena la buat dulu. Kalau duduk diam macam tunggul je, apa pun takkan jadi. Setuju?

10 tip pro


10 tip pro elak masalah renovate rumah untuk newbie




Sebelum korang buat keputusan melantik mana-mana kontraktor untuk urusan renovasi rumah, ada baiknya fahamkan dan ikuti tip ringkas yang saya senaraikan kat bawah ini :

Tip #1 : Siapa kontraktor yang patut anda gunakan? 

Dapatkan beberapa senarai kontraktor yang berkelayakan, stabil dari segi kewangan, pengurusan syarikat dan sumber manusia, serta efisyen dan baik dari segi mutu kerja.
Buat survei dan dapatkan segala data, maklumat, track record, serta pengalaman kerja kontraktor-kontraktor tersebut.
Jangan hanya melantik kontraktor berdasarkan recommendation rakan atau ahli keluarga korang semata-mata.

Tip #2 : ‘Wajib’ ambil kontraktor yang bagi sebut harga yang rendah? 

Dapatkan sebut harga dan cadangan pelan renovasi, serta spesifikasi untuk kerja-kerja renovasi daripada semua kontraktor tersebut.
Ingat. Tak semestinya korang pilih kontraktor yang berikan sebut harga (quotation) yang rendah.
Tapi yang penting adalah, sebut harga yang diberikan adalah berpadanan dengan cadangan dan kualiti kerja yang akan dilakukan.

Tip #3 : Buat satu kontrak untuk lindungi diri anda 

Setelah korang pilih kontraktor yang paling berkelayakan, sediakan satu Kontrak Renovasi Rumah yang mengandungi terma-terma dan syarat-syarat kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor tersebut.
Senaraikan jugak tanggungjawab dan hak korang terhadap kontraktor tersebut.
Sebaik-baiknya, lantik seorang peguam hartanah yang berpengalaman untuk sediakan Kontrak Renovasi Rumah korang.
Jangan kedekut untuk keluarkan duit yuran guaman peguam jika itu dapat melindungi hak dan kepetingan korang.
Kalau kerja renovasi ratusan ribu Ringgit korang mampu bayar, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan yuran guaman yang lebih kurang seribu dua je kosnya.

Tip #4 : Cukup ke lantik satu kontraktor? 

Sebaik-baiknya, jangan lantik satu kontraktor untuk lakukan kesemua kerja renovasi keseluruhan rumah korang.
Lantiklah beberapa kontraktor berbeza, yang mahir dalam bidang kepakaran masing-masing.
Misalnya, untuk kerja-kerja pemasangan konkrit dan tiles, lantik satu kontraktor untuk kerja-kerja berkaitan wiring dan elektrikal.
Dan lantik lagi satu kontraktor yang lain, dan sebagainya. Ingat. Bukan semua kontraktor mahir dalam kesemua bidang pembinaan.

Tip #5 : Anda berhak untuk tamatkan kontrak secara eksklusif? 

Pastikan di dalam kontrak tersebut memberikan hak secara eksklusif untuk korang tamatkan kontrak tersebut pada bila-bila masa, sekiaranya ada kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor tersebut :
  • Tak menepati cadangan pelan kerja dan spesifikasi seperti yang korang mahukan,
  • Tak mengikut mutu kerja dan sifat ketukangan yang korang kehendaki.

Tip #6 : Elak bayar secara lump sum kepada kontraktor 

Jangan bayar kesemua harga kontrak sekali gus kepada kontraktor.
Sebaik-baiknya, bayarlah mengikut progres kerja.
Apabila kerja telah siap dan mematuhi segala pelan dan spesifikasi, serta mutu kerjanya juga memuaskan hati korang, barulah korang jelaskan bayaran tersebut.
Sebagai jaminan kepada kontrak yang korang ada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran kontrak tersebut, korang boleh buat bayaran harga kontrak tersebut kepada peguam korang sebagai stakeholder.
Dan peguam korang akan lepaskan bayaran tersebut secara berperingkat kepada kontraktor sebaik sahaja kerja-kerja di peringkat tersebut telah disiapkan.

Tip #7 : Perlu ke dapatkan resit daripada kontraktor? 

Sila dapatkan resit atau sebarang bukti penerimaan bayaran daripada kontraktor tersebut untuk setiap bayaran progres yang telah dijelaskan.
Sebaik-baiknya, ambil gambar untuk setiap kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor tersebut sebagai rekod dan rujukan korang.

Tip #8 : Minta tempoh waranti kerosakan kat kontraktor 

Minta daripada kontraktor tersebut tempoh waranti kerosakan, misalnya 2 bulan sebelum korang (atau peguam korang) lepaskan keseluruhan bayaran kontrak tersebut.
Bayaran progres terakhir hanya akan dilepaskan kepada kontraktor tersebut, setelah kesemua kerja disiapkan sepenuhnya mengikut pelan dan spesifikasi, serta memuaskan hati korang sebaik sahaja tempoh waranti kerosakan tu berakhir.
Sekiranya dalam tempoh waranti tersebut terdapat kerosakan, minta kontraktor korang membaiki kerosakan tersebut dengan segera, sebelum korang (atau peguam) boleh lepaskan bayaran progres terakhir tersebut kepada mereka.

Tip #9 : Apa nak buat kalau kontraktor gagal siapkan kerja? 

Sekiranya di dapati kontraktor tersebut melanggar mana-mana terma dan syarat-syarat kontrak, korang boleh saja failkan Tuntutan Gantirugi di Tribunal Pengguna.
Kelebihan memfailkan tuntutan di Tribunal Pengguna adalah, ianya menjimatkan masa dan kos, prosedurnya yang mudah dan keputusannya akan dibuat dalam tempoh masa 40 hari daripada tarikh pemfailan tuntutan.

Tip #10 : Raikan hak anda sebagai seorang pelanggan 

Yang penting, jangan terburu-buru dalam urusan perlantikan kontraktor.
Berfikirlah dengan tenang dan waras, serta fahami dan gunakanlah sepenuhnya hak korang sebagai pelanggan.
Ini kerana korang yang akan keluarkan wang. Jadi biarlah wang yang korang keluarkan tu, berbaloi dengan hasil yang diperolehi.
Bukan senang nak cari duit. Korang susah-susah kerja, tapi duit tu, boleh pulak ‘lebur’ macam tu je sebab tak cari kontraktor yang baik.
Cukup. Korang tak patut hadap masalah macam ni. Dan korang boleh senang-senang elak dengan adanya ilmu yang Tok kongsikan tadi.
Jangan pulak dah habis baca, tak amal. Selagi tak amal, sampai bila-bila pun korang takkan dapat rasa kesan ilmu ini.

DECO LONGKANG JEPUN


DECO LONGKANG JEPUN










Kelihatan lebih menarik, terdapat pelbagai warna.


PROSES :
1) Paip PVC 
2) Besi untuk tutup ruang tepi paip PVC untuk support besi jaring  
3) Besi Jaring 
4) Batu Sungai (pilihan hati)

Saturday, February 3, 2018

Philipine Grass

                                      Assalamualaikum dan selamat pagi semua 

Perkongsian tips pada hari ini untuk ubahsuai rumah.😉

                                          Nama Produk: Philipine Grass

Rumput memainkan peranan penting dalam menghasilkan lanskap yang indah untuk kediaman, bangunan, taman, padang dan sebagainya. Kesan hijaunya menyejukkan mata memandang, membuatkan perasaan menjadi tenang dan ceria.
Rumput ini sesuai di tempat yang lapang dan terdedah pada cahaya matahari sehingga 5 jam jika tidak rumput akan cepat panjang dan tidak rata.






 Kebaikan dan tips:

1) Sesuai ditanam dihalaman rumah kerana status penjagaan lebih mudah, tahan lasak, tahan serangan virus/serangga perosak. 

2) Digalakkan mengunakan baja urea 48% kerana baja kimia cepat dan mengelakkan dari jangkitan kulat. 

3) Pastikan rumput liar dicabut untuk mengelakkan pembiakan berlaku dikawasan rumput.

4) Setiap bulan rumput dipotong dan baja, jangan risau kalau kawasan yang di potong kelihatan kuning selepas dipotong ianya memerlukan masa seminggu untuk naik hijau, rata dan cantik.

5) penjagaan philipine grass ini mudah jika rumput ini terdedah kepada cahaya matahari dan pengudaraan.

Semoga dipermudahkn segala urusan
016-9808225 (encik faiz)


Friday, January 26, 2018

Types of steel

Jom ketahui jenis jenis keluli yang berbeza serta penggunaannya🤗
Pengenalan Keluli:

Yang berbeza antara besi dan baja cast adalah jumlah kandungan karbonnya yang berlainan. Perhiasan di mana besi bercampur dengan karbon dan juga unsur lain untuk menjadi keluli. Dan peratusan keluli karbon tinggi tidak boleh lebih besar dari 1.5%


Ia mempunyai jenis keluli yang berbeza-beza iaitu:

(1) Mild Steel

(2) Medium carbon Steel

(3) High Carbon Steel


(1) Mild Steel

Dalam keluli ringan di mana jumlah karbon adalah dari 0.15% hingga 0.30% jadi keluli jenis ini Dipanggil keluli lembut. Dan juga kami memanggil keluli jenis keluli Rendah atau Keluli Lembut ini.

Properties Of Mild Steel.
-Keluli ini Adalah mulur dan lembut dan lembut.
-Keluli ini lebih elastik daripada besi tuang.
-Ia boleh digunakan secara kekal.
-Kelebihan spesifik keluli ini ialah 7.8.
-Keluli ini tidak terjejas dari perairan salin.
-Ia mudah dikimpal dan dipetik.
-Penggunaan keluli ringan
Keluli jenis ini kebanyakannya digunakan dalam kerja-kerja pembinaan. Dari ini (keluli lembut) mengambil bar bulat 25mm, 12mm, 8mm dan lain-lain supaya bar ini digunakan dalam kerja konkrit untuk menahan tegangan tegangan.

                                                                       mild steel

(2) Medium carbon Steel

Dalam keluli jenis ini kita menggunakan jumlah karbon dari 0.30 hingga 0.60%. apabila kita menggunakan peratusan karbon dalam keluli jadi keluli jenis ini dipanggil keluli karbon sederhana. Dan keluli jenis ini adalah lebih kuat daripada keluli karbon rendah, dan ia lebih sukar untuk dibentuk dalam kimpalan dan juga pemotongan.

Properties of Medium Carbon Steel

-Keluli jenis ini begitu keras dari keluli karbon rendah / keluli ringan.
-Sangat sukar untuk memotong.
-Ia tidak bengkok dengan mudah.
-Penggunaan Keluli karbon sederhana
-Penggunaan keluli karbon sederhana memerlukan kekuatan tegangan tinggi dan kemuluran. Dan keluli jenis ini digunakan untuk membuat pilihan yang berlainan dengan pilihan. Tetapi kita perlu menggunakan jumlah karbon yang digunakan dari 0.30 hingga 0.60% supaya ia dapat membuat apa-apa dengan pilihan kita.
-Keluli jenis ini begitu keras dari keluli karbon rendah / keluli ringan.
-Sangat sukar untuk memotong.
-Ia tidak bengkok dengan mudah.
-Penggunaan Keluli karbon sederhana.
Penggunaan Medium Carbon Steel memerlukan kekuatan tegangan tinggi dan kemuluran. Dan keluli jenis ini digunakan untuk membuat pilihan yang berlainan dengan pilihan. Tetapi kita perlu menggunakan jumlah karbon yang digunakan dari 0.30 hingga 0.60% supaya ia dapat membuat apa-apa dengan pilihan kita.

                                                                       Medium Cabon Steel

(3) High Carbon Steel

Dalam keluli jenis ini (High Carbon Steel) kita menggunakan jumlah karbon dari 0.60% hingga 1.5%. Apabila kita menggunakan peratus karbon ini maka keluli jenis ini dipanggil keluli karbon tinggi.

Properties of High Carbon Steel

-Keluli jenis ini lebih sukar dalam kimpalan.
-ia terlalu mudah untuk mengeras dan marah.
-Keluli jenis ini menggunakan tetap.
-Penggunaan Keluli Karbon Tinggi
-Keluli karbon tinggi digunakan untuk membuat paksi, pisau, pedang dan gunting untuk alat pemotong.

                                                                      High Carbon Steel

Social Icons